Friday, May 23, 2008

andainya ku silap


tersebutlah suatu kisah...seorang pelajar yg kecewa amat setelah usahanya utk mendapat markah bonus bg satu subjek penulisan dr gurunya tidak berhasil sama sekali. sedangkan sebahagian temannya yg lain berhasil mendapatkannya. ya, kecewa amat. seandainya usahanya itu beroleh hasil, bertambahlah koleksi 'A'nya bg ujian kali itu. namun, apa yg menghalang guru itu dr memberi markah bonus tersebut? semuanya gara2 silap ejaan. meskipun bg kebanyakan guru2 itu hanyalah satu kesalahan kecil, namun si guru ini amatlah sensitif terhadap apa jua salah silap yg dikesan dlm satu2 penulisan, biarpun ejaan cuma. dan seringkali dia mengingatkan pelajar2nya agar berada dlm keadaan sedar (jgn khayal) dan peka ketika menulis.

'.....tiba-tiba dia terdengar satu suara memangilnya dari belakang. Lantas dia berpaling dan............'

begitulah sedikit petikan dr karangan pelajar tersebut. di mana silapnya? ya, memangilnya. salah ke guru tersebut dgn menjual mahal markah bonus kpd pelajar tersebut disebabkan kesilapan kecil ini? ini bukanlah perbahasan utama kita. maka terserah kpd teman2 untuk menjawabnya. yg pasti, guru ini telah memberi satu penjelasan bukan hanya kpd pelajar tersebut bahkan kpd teman2 sekelasnya yg sekaligus menjadi satu peringatan yg berharga buat diri guru tersebut berserta anak2 muridnya dan mudah2an bg penulis dan siapa jua yg membaca penulisan ini.

usai urusan merekod markah ujian anak2 muridnya, si guru memanfaatkan masa yg berbaki utk ber'mesra' dgn anak2 muridnya...

guru : semua puas hati dgn markah masing2?

murid2 : alhamdulillah (serentak)

pelajar A : cikgu, ahmad sedih cikgu!

guru : kenapa ahmad?

pelajar A : cikgu x bg markah bonus kat dia. tu pasal sedih memanjang...(mengusik)

ahmad : hisy kamu ni...xde ape2lah (cuba membendung hiba..huhu..)

guru : sedih ke ahmad? kalo kamu nangis cikgu tambah markah.

ahmad : xde lah cikgu. ok je...

guru : ok je? ha, ni cikgu nak tanye. kamu saje2 ke eja salah, ahmad?

ahmad : xde lah, x sengaja pun... (sayu)

guru : agak2 kamu kan, kalo kamu sedar kamu tersalah eja masa menulis, apa yg kamu buat?

ahmad : baiki terus, cikgu!

guru : bagus! kalo kamu x baiki bimbang x cukup masa la konon, kemudian kamu dpt markah kurang disebabkan kesilapan itu, apa yg kamu rasa?

ahmad : RUGI!!!

murid2 : MENYESAL, cikgu!! (tambah sebahagian yg lain)

guru : jd, apa maknenye?

pelajar A : xde maknenye, cikgu...(menyampuk)

guru : yelah...maknanya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...

murid2 : xde gunanya!! (serentak)

guru : bijak2....kalo kamu biasa dengar ceramah atau ucapan dr. fadzilah kamsah, dia sering mengingatkan supaya kita buat muhasabah sebelum tidur. tengok balik salah silap sejak dr bangun tidur hingga nak tidur pulak. mintak ampun pd ALLAH dan pd sesiapa yg dia telah buat silap. di samping itu, kita pun maafkan semua orang. nescaya bahgia hidup kamu. jd cikgu nak pesan pd cikgu sendiri dan kamu semua supaya sentiasa muhasabah diri kita. kita semua manusia dan xkan terlepas dr melakukan kesilapan. bila kita sedar salah silap, terus baiki. kalo x baiki apa jd?

murid2 : RUGI!! (serentak)

guru : ya, RUGI!! kalo kat dunia kita rasa rugi x dpt A sbb kesilapan yg kecil...(memandang ahmad)...cuba byg kat akhirat kelak bagaimana ruginya kita kalau x dpt masuk SYURGA terus kerna salah silap yg kecil2 apatah lg yg besar2. na'uzubillah. sesal perbuatan2 kita kat dunia ni, sesal kat akhirat xde maknanya! mdh2an ALLAH memelihara kita dr api neraka dan menempatkan kita di SYURGA...

murid2 : AMIEN!! (serentak)

guru : jd kita kena jg hati dan seluruh anggota badan kita, lidahnya, tangannya dan sebagai2nya dr buat dosa. bila kita jg diri kita, insyaALLAH org lain pun terjaga dr salah silap kita. org muslim itu ialah org yg selamat saudara muslimnya dr lisannya dan tangannya. ni cikgu nak ingatkan terutama pelajar2 perempuan. ramai perempuan yg kantoi kat akhirat kerna byk sebab. antaranya x jg aurat, rambutnya..tangannya..dan macam2 lg lah. hairan cikgu tengok pelajar2 perempuan ni. keluar je sekolah, ramai yg tiba2 je panjang lehernya tidak pun membesar tiba2. mana taknye, tudung paras leher je dan hebat lg yg langsung 'menetas' tudungnya. ingat pesan iklan sunsilk..sape tau?

pelajar B : JGN RAMBUT JD PENGHALANG... (mencelah)

guru : ye...jgn rambut jd penghalangmu ke syurga, puteri2ku...(senyum). bukan rambut saje tau. ape2 jelah salah silap yg bisa menghalang dr menjejakkan diri ke syurga, berjaga2lah. laki2 ke perempuan ke, semua kena jaga aurat. semua kena usaha untuk pelihara diri dan ahli keluarga dr neraka dan usaha untuk mendapatkan syurganya dan yg utamanya MARDHOTILLAH. kalau buat salah silap, apa kita kena buat?

murid2 : baiki...mintak ampun.....

murid2 : TAUBAT!! (sahut sebahagian yg lain).

guru : bagus! mudah2an kamu dpt mengambil pengajaran kali ini dan sematkan dlm diri sbg panduan dlm menempuh kehidupan yg mendatang. baiklah, cikgu minta diri dulu semua. lain kali cerita lagi, kata sudirman..semua yg baik dan buruk itu dr ALLAH. namun sbg hamba yg lemah, maka terserlahlah kekurangan dan keburukan itu pd diri. wallahua'lam.

ketua : semua banguuunnn!...terima kasih, cikgu!

murid2 : terima kasih, cikgu!!

guru : sama...assalamualaikum.

murid2 : waalaikumussalam.

mdh2an kita mendapat intipati yg ingin disampaikan dan manfaatkan utk diri dan muslimin muslimat seluruhnya.

1- sentiasa update antivirus (dgn menambah ilmu dan pertingkat amal serta berdoa kpd ALLAH) utk scan virus2 pemusnah yg ada dlm diri dan hidup kita dan deletelah. apa jua salah silap yg kecil apatah lg yg besar2, semuanya perlu diambilkira dan diperbetul. firman ALLAH (bermaksud) : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! <> Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! <> ( surah az-zalzalah, 99: 7-8)

2- motivasi istimewa khasnya buat kaum hawa kerna Rasulullah sollollohu ‘alaihi wasallam bersabda (bermaksud): Aku menjenguk dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.[Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari - no: 5198 (Kitab Nikah, Bab tidak berterima kasih kepada al-'Ashiir.............)] p/s: kaum adam jgn pulak rasa selesa. semua sama di pandangan ALLAH. yg membezakan adalah tingkatan TAQWA.

3- melaksanakan tanggungjawab da'wah dlm apa jua bidang yg kita ceburi dgn hikmah.

4- insafi dunia sementara...( 'an ibn ahmad alkelantani).

5- nak masuk syurga? ini antara jalannya => Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa <> Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik <> Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) <> ( surah Aali- 'Imran, 3: 133-136).

6- jika melihat kebatilan atau kemunkaran, walau sekelumit, perbetulkan dengan sehikmahnya dan seupaya yg dikurnia ALLAH.

7- andai aku tersilap, aku perlu ditegur dan diperbetul atas sebarang kesilapan atau kemunkaran, berlapang dadalah utk menerimanya dan memanfaatkannya. INGATLAH, bahawasanya setiap teguran atau pembetulan, besar atau kecil, tidak bisa MERANAP hidupmu, bahkan MEMANTAP dirimu jika anda bijak MENERIMANYA dan MEMANFAATKANNYA.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan <> Tunjukilah kami jalan yang lurus <> Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat <> Amien.

WALLAHUA'ALAM.

Monday, May 5, 2008

AWAK SETUJU TAK?


AWAK SETUJU TAK DENGAN 15 SOALAN INI?


1- Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

2- Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
3- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.

4- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
5- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.

6- Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad Sollallohualaihiwasallam serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

7- Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

8- Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.

9- Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.

10- Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.

11- Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.

12- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.

13- Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

14- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

15- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.
TAQOBBALALLOHUMINNIWAMINKUM.
WALLOHUA'LAM.